Mengenai JPA

 
 

Jabatan Pengajian Am (JPA) merupakan salah satu daripada dua jabatan sokongan di Politeknik Mukah, Sarawak. JPA menawarkan kursus - kursus wajib kepada semua pelajar Politeknik merangkumi subjek - subjek Agama, Moral dan Bahasa Inggeris. 



JPA diketuai oleh Pn. Sharipah Rusni Binti Sayed Hasan selaku Ketua Jabatan dan dibantu oleh 18 orang pensyarah dan seorang pembantu am pejabat. Pensyarah - pensyarah di JPA terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Agama dan Moral dan Unit Bahasa Inggeris.


JPA dilengkapi dengan 3 makmal bahasa, 7 biilik kuliah, surau, dan bilik tasmik. Ia juga dilengkapi dengan sebuah bilik Pensyarah, sebuah bilik mesyuarat dan sebuah pantry. Waktu operasi ialah setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

 

No comments:

Post a Comment