Thursday, April 10, 2014

STAFF JPA IKUTI BENGKEL PENGURUSAN STRESS

11 April 2014. Kesemua staff Jabatan Pengajian Am (JPA) mengikuti Bengkel Pengurusan Stress anjuran Unit Pengurusan Psikologi dan Kerjaya di bawah kendalian kaunselor PMU Cik Woo Chiat Sing dan Encik Azrol Adenan. Bengkel yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menangani stress dan tekanan itu berlangsung bermula jam 830 pagi hingga 4.30 petang.

Bengkel yang diadakan di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) PMU itu turut disertai oleh pensyarah - pensyarah dari Jabatan Matematik Sains dan Komputer (JMSK). 

Terdapat pelbagai aktiviti - aktiviti menarik yang dilakukan sepanjang program seperti latihan dalam kumpulan, nyanyian dan juga permainan. Kesemua ini merupakan antara cara yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan stress atau tekanan.






No comments:

Post a Comment