Thursday, April 10, 2014

STAFF JPA IKUTI BENGKEL PENGURUSAN STRESS

11 April 2014. Kesemua staff Jabatan Pengajian Am (JPA) mengikuti Bengkel Pengurusan Stress anjuran Unit Pengurusan Psikologi dan Kerjaya di bawah kendalian kaunselor PMU Cik Woo Chiat Sing dan Encik Azrol Adenan. Bengkel yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menangani stress dan tekanan itu berlangsung bermula jam 830 pagi hingga 4.30 petang.

Bengkel yang diadakan di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) PMU itu turut disertai oleh pensyarah - pensyarah dari Jabatan Matematik Sains dan Komputer (JMSK). 

Terdapat pelbagai aktiviti - aktiviti menarik yang dilakukan sepanjang program seperti latihan dalam kumpulan, nyanyian dan juga permainan. Kesemua ini merupakan antara cara yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan stress atau tekanan.






Wednesday, April 2, 2014

Taklimat MUET (Malaysian University English Test)

3 April 2014: Jabatan Pengajian Am mengadakan taklimat MUET kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan tersebut pada bulan Julai 2014. Untuk makluman, MUET merupakan salah satu daripada kriteria utama dalam pra-syarat kemasukan ke Universti di Malaysia. Taklimat yang bertempat di Dewan Kuliah Utama itu menyaksikan kehadiran kira-kira 30 orang bakal calon yang kebanyakannya ialah pelajar semester 5. Taklimat bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada




Pencaramah untuk taklimat MUET kali ini ialah Encik Suresh Kumar Chellapan dan juga En. Richard Simon. Kedua-dua pensyarah ini merupakan examiner untuk MUET.


Antara pelajar yang hadir menghadiri taklimat.

Kepada pelajar-pelajar PMU yang ingin mendaftar MUET bagi sesi yang akan datang (sesi November) sila berhubung dengan En. Kamaludin atau Pn. Katherine di pejabat Jabatan Pengajian Am. Disini dilampirkan jadual MUET untuk rujukan pelajar semua. Harap maklum.